Islamic Widget

Monday, September 27, 2010

SAMBUTAN LANGTAHUN KE-7,JAMUAN HARI RAYA DAN PERASMIAN KAFETERIA

Alhamdullilah,Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT) telah mengadakan SAMBUTAN LANGTAHUN KE-7,JAMUAN HARI RAYA DAN PERASMIAN KAFETERIA pada hari ahad 26 september 2010,majlis bermula pada pukul 2.30 petang dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Pengerusi PAKAT,Ustaz Jamaluddin Ahmad.
majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan alu aluan oleh pengarah Sambutan Ulangtahun ke-7 iaitu Tn Hj Marwan b Ismail,majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi PAKAT Ustaz Jamaluddin Ahmad.majlis kemudiannya dirasmikan oleh Tn Hj Syed Zakaria b syed Muhammad mewakili Penasihat PAKAT Tn Hj Abdul Manaf B Ishak.
Pada pukul 4.00 petang,Majlis Diteruskan dengan perasmian Kafeteria PAKAT oleh Tn Hj Syed Zakaria B Syed Muhammad.bacaan doa sempena perasmian Kafeteria Disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hafidz b Abdul Latif.Jemputan yang hadir kira-kira 500 orang disajikan dengan jamuan bihun goreng,lemang.nasi himpit,laksa dan pelbagai laji juadah yg beraneka rasa.Pengunjung juga turut dihiburkan dengan celoteh Tn Hj Mohd Amin dengan sajak dan pantun.En Raie' dari manjung turut menyumbang sebuah sajak sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 ini
Di sebelah malam,majlis Dimeriahkan dengan Bersantai Bersama Akhil Hayy,sebelum itu,kumpulan kompang KITA dari Kota Lama Kiri,majlis yg di pengerusi kn oleh cikgu hilmi turut menjemput Tn Hj Mohd Amin Mendeklamasikan Syair yg bertajuk "Carilah Bekal Wahai Orang Karai".Kira-kira Jam 10.30 malam Idola Anak Muda Ustaz Akhil Hayy mengambil alih program dengan santai sambil memperdengarkan tiga buah lagu iaitu Kembara Ditanah Gersang,Lagu Hindustan,dan Istigfar.selain itu majlis di serikan dengan aksi bersahaja adik muaz bersama ustaz akhil Hayy yang dijemput naik ke pentas oleh Ustaz Akhil.
majlis berakhir dengan bacaan doa dan para peminat turut mengambil kesempatan bergambar dengan ustaz akhil Hayy.
(GAMBAR AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN)

Islamic Widget