Islamic Widget

Thursday, November 22, 2012

Majlis Peletakan Batu Asas Pondok Pengajian


Bagi merealisasikan misi PAKAT, untuk melahirkan GENERASI AMILEEN berketerampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat berteraskan Tauhid, pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT) telah bersetuju  untuk membangunkan sebuah pondok pengajian bagi menampung keperluan pengajian yang semakin bertambah pelajarnya. Bagi meneruskan cita-cita dan hasrat ini, pihak pengurusan PAKAt telah memulakan langkah awal iaitu mengadakan Majlis Peletakkan Batu Asas Pondok Pengajian At-Taif. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa, Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah,


Seberang Pekan Sik,Sik,Kedah. Majlis tersebut telah diadakan bermula jam 9.00 pagi  pada 17 Oktober 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433 bertempat di Lembah Pasir Batang Kulim, Kota Lama Kiri. Antara aturcara program tersebut adalah bacaan Yassin, Tahlil, Ucapan Aluan oleh Pengerusi PAKAT, Ust Jamaluddin Bin Ahmad, Ucapan Tuan Guru Haji Salleh B. Musa selaku perasmi, majlis perletakkan batu asas, tazkirah dan doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa.


Bersama kita mendoakan agar niat murni pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT) ini akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Untuk makluman pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian, sebenarnya kami masih kekurangan dana bagi membangunkan kawasan pondok ini secara keseluruhan. Bagi para pembaca yang ingin mewaqafkan pondok, anda bolehlah menghubungi kami. 

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget