Dengan
harapan untuk maju melangkah lebih jauh lagi ke hadapan, Badan Khidmat
Masyarakat At-Toif (PAKAT) telah mengadakan lawatan ke Bandung, Indonesia pada
15-18 Sept 2012 baru-baru ini. Lawatan ini telah disertai oleh 36 peserta yang terdiri daripada para pengajar dan pelajar
Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) ini telah menjadikan Pondok Pesanteran
Daarut Tauhid sebagai destinasi utama lawatan. Hal ini kerana Badan Khidmat
Masyarakat At-Toif (PAKAT) berhasrat untuk melihat dengan lebih rapat dan teperinci
pembangunan yang telah dilakukan oleh Pondok Pesanteran Daarut Tauhid dalam
mengukuhkan gerak kerja dakwah Islam di Indonesia. Sebagai sebuah organisasi dakwah
yang telah berjaya melahirkan para pelajar yang mampu untuk melakukan gerak kerja dakwah
yang semakin kekurangan penggeraknya kini, Pondok Pesanteran Daarut Tauhid
telah dilihat oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) sebagai contoh dan
panduan terbaik di dalam membangunkan lagi Badan Khidmat Masyarakat At-Toif
(PAKAT) sekarang. Berdasarkan perkembangan pesat Pondok Pesanteren Daarut
Tauhid kini, pasti Pondok Pesanteren Daarut Tauhid ada nasihat mahupun idea-idea penting yang
ingin dikongsikan bersama Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT).
Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang memiliki sistem
pendidikan tersendiri yang bermula dari peringkat tadika sehingga peringkat
pesantren ini telah memberi inspirasi dan idea-idea yang menarik untuk
diaplikasikan oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif di dalam membangunkan
Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis. Pembangunan
Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis yang masih
berada di tahap awal ini, sudah pasti memerlukan idea-idea dan nasihat penting
yang diinginkan seperti dari sudut operasi mahupun sukatan pengajiannya. Bagi
makluman pihak pembaca sekalian, projek membina bangunan Pondok Pengajian
At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis telah dimulakan, tetapi pihak
Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) masih kekurangan dana kewangan yang
dapat menjamin akan mencukupi untuk membina keseluruhan bangunan tersebut.
Jika ingin dibanding Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) yang masih sedang bertatih ini dengan Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang sedang gah berdiri kini, amatlah jauh sekali. Oleh itu, bersama-samalah kita mendoakan semoga Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) akan lebih maju menjadi semakin kukuh semakin wasilah menyampaikan Islam di bumi Allah SWT ini. Kepada pembaca yang ingin mengenali Pondok Daarut Tauhid, anda bolehlah mengunjungi laman sesawang yang berikut.