Islamic Widget

Sunday, December 26, 2010

CORETAN SEPANJANG 2010: PROGRAM SYAKHSIAH DAN PEMANTAPAN WANITA








Kuliah Muslimat yang dinamakan PROGRAM SYAKHSIAH DAN PEMANTAPAN WANITA yang bermula awal November 2010.penceramah tetap nya ialah Ustazah Marsirah Mustafa dan Ustazah Adibah mohd Rivai'

CORETAN SEPANJANG 2010: KEM TAHSIN SOLAT 2010








Kem Tahsin Solat kali Ke-2 sempena Cuti Sekolah 2010......

CORETAN SEPANJANG 2010: KULIAH DHUHA SABTU KE-4






Kuliah dhuha sabtu ke-4 yang bermula awal tahun ini memdapat sambutan dari masyarakat sekitar PAKAT dengan kehadiran sekitar 200 orang setiap kali kuliah berlangsung.penceramah tetap kuliah ini ialah AF Ustaz Kamal Shaari dan Us Munawir Salehuddin.

CORETAN SEPANJANG 2010:CERAMAH TUAN GURU DR HARON DIN





Ceramah bersempena hari raya aidiladha yang disampaikan oleh TUAN GURU DR HJ HARON DIN di PAKAT pada 13 NOVEMBER 2010.

Monday, September 27, 2010

SAMBUTAN LANGTAHUN KE-7,JAMUAN HARI RAYA DAN PERASMIAN KAFETERIA

Alhamdullilah,Badan Khidmat Masyarakat At-Taif(PAKAT) telah mengadakan SAMBUTAN LANGTAHUN KE-7,JAMUAN HARI RAYA DAN PERASMIAN KAFETERIA pada hari ahad 26 september 2010,majlis bermula pada pukul 2.30 petang dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Pengerusi PAKAT,Ustaz Jamaluddin Ahmad.
majlis kemudiannya disusuli dengan ucapan alu aluan oleh pengarah Sambutan Ulangtahun ke-7 iaitu Tn Hj Marwan b Ismail,majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi PAKAT Ustaz Jamaluddin Ahmad.majlis kemudiannya dirasmikan oleh Tn Hj Syed Zakaria b syed Muhammad mewakili Penasihat PAKAT Tn Hj Abdul Manaf B Ishak.
Pada pukul 4.00 petang,Majlis Diteruskan dengan perasmian Kafeteria PAKAT oleh Tn Hj Syed Zakaria B Syed Muhammad.bacaan doa sempena perasmian Kafeteria Disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hafidz b Abdul Latif.Jemputan yang hadir kira-kira 500 orang disajikan dengan jamuan bihun goreng,lemang.nasi himpit,laksa dan pelbagai laji juadah yg beraneka rasa.Pengunjung juga turut dihiburkan dengan celoteh Tn Hj Mohd Amin dengan sajak dan pantun.En Raie' dari manjung turut menyumbang sebuah sajak sempena Sambutan Ulangtahun Ke-7 ini
Di sebelah malam,majlis Dimeriahkan dengan Bersantai Bersama Akhil Hayy,sebelum itu,kumpulan kompang KITA dari Kota Lama Kiri,majlis yg di pengerusi kn oleh cikgu hilmi turut menjemput Tn Hj Mohd Amin Mendeklamasikan Syair yg bertajuk "Carilah Bekal Wahai Orang Karai".Kira-kira Jam 10.30 malam Idola Anak Muda Ustaz Akhil Hayy mengambil alih program dengan santai sambil memperdengarkan tiga buah lagu iaitu Kembara Ditanah Gersang,Lagu Hindustan,dan Istigfar.selain itu majlis di serikan dengan aksi bersahaja adik muaz bersama ustaz akhil Hayy yang dijemput naik ke pentas oleh Ustaz Akhil.
majlis berakhir dengan bacaan doa dan para peminat turut mengambil kesempatan bergambar dengan ustaz akhil Hayy.
(GAMBAR AKAN DI UPLOAD KEMUDIAN)

Sunday, August 1, 2010

Wednesday, May 5, 2010

KELAS TAJWID SESI OGOS-OKTOBER 2010

PENGAJIAN
KELAS TAJWID
-------------------------
PENGAJIAN TAJWID SELAMA 2 BULAN
OGOS DAN OKTOBER
BERMULA PADA PADA 16 OGOS 2010 HINGGA 20 OKTOBER 2010
(CUTI SEMINGGU SEBELUM HARI RAYA)
3 KALI SEMINGGU ISNIN, SELASA DAN RABU
JAM 9.00 PAGI SEHINGGA 10.30 PAGI

PEMBIMBING
USTAZ HAFIDZ ABD LATIF

TERBUKA KEPADA SEMUA
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI ATAU DATANG TERUS KE
BADAN KHIDMAT MASYARAKAT AT-TAIF
BATU 28 ¾ KOTA LAMA KIRI
33000 KUALA KANGSAR
PERAK
TEL : 05-7766773 / FAKS : 05-7772890
(USTAZ JAMALUDDIN : 017-5325905)


MAKSUD AL QURAN
“SESUNGGUHNYA ALLAH MENIGGIKAN SATU DARJAT ORANG-OARANG YANG BERILMU”


SUMBANGAN RM 20

TEMPAT ADALAH TERHAD

Friday, March 12, 2010

kursus darussyifa bermula hari ini

kursus darussyifa sesi 2010 bermula hari ini di BADAN KHIDMAT MASYARAKAT AT-TAIF(PAKAT) seramai hampir 200 menghadirkan diri bagi sesi taklimat kali ini

Tuesday, March 2, 2010

kewajipan kepada rasulullah

Adapun di antara kewajiban kepada Rasulullah saw. adalah sebagai berikut:

1. Beriman kepada Rasulullah saw."Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (An-Nisa': 136)

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk." (Al-A'raf: 158)
Allah menegaskan perintah keimanan kepada Rasulullah saw. lewat dua ayat di atas. Perintah-perintah dalam Al-Quran secara umum berarti suatu kewajiban. Mustahil kita dapat mengikuti Rasulullah saw. jika tidak diawali dengan beriman kepadanya terlebih dahulu.

2. Ketaatan kepada Rasulullah saw." Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (An-Nisa': 80)

Ketaatan kepada Nabi akan membawa kepada sikap mau mengikuti beliau (ittiba'). Tidak ada ketaatan yang mutlak, kecuali dilakukan kepada manusia yang membawa kebenaran dari Allah swt. Ketaatan kepada Rasulullah saw. pada hakikatnya merupakan ketaatan kepada Allah. Manusia wajib taat kepada Allah, kemudian Allah menegaskan bahwa ketaatan kepada Rasul adalah sebagian dari ketaatan kepada-Nya. Maka, ketaatan kepada Rasul wajib juga untuk umat Islam dan memiliki makna yang mendalam.

3. Mengikuti Rasulullah saw. (Al-Ahzab: 31) Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran: 31)

Yang kita lakukan dalam konteks beribadah, bermuamalah dan berakidah harus mengikuti Rasulullah saw., sebagaimana telah dicontohkan oleh beliau. Para ulama membuat sebuah kaidah: hal-hal yang berkaitan dengan masalah ibadah dan akidahhukum dasarnya tidak boleh, kecuali apa yang dicontohkan Rasulullah saw. dan ada dalil yang mengatakan boleh. Sedangkan hal-hal yang berkaitan dengan muamalah (hubungan sesama umat manusia) hukum dasarnya adalah boleh, kecuali bila ada dalil yang mengatakan tidak boleh. Ittiba' ini merupakan bagian dari rasa cinta kita kepada Rasulullah saw. Mencintai Allah tak akan mungkin terjadi kecuali kita sungguh-sungguh mencintai Rasulullah saw.

4. Bersholawat kepada Rasulullah saw. Bila nama beliau disebut, kita wajib menyampaikan shalawat untuknya. Hal ini salah satu syarat turunnya syafaat di hari kiamat kelak.

5. Memahami bahwa Rasulullah saw. adalah Nabi penutup." Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Ahzab: 40)

Nabi Muhammad adalah nabi terakhir, penutup para nabi. Tidak ada lagi nabi, rasul, dan wahyu setelahnya. Umat Islam tidak perlu terjebak akan adanya klaim dari manusia yang mengaku bahwa dirinya adalah seorang nabi. Jikapun ada, bisa dipastikan bahwa hal itu palsu. Tidak perlu diikuti bahkan harus diingkari. Akidah tentang khatmun nubuwwah (Muhammad nabi terakhir) akan membebaskan kita dari masalah teologis. Kita tidak perlu lagi mencari ajaran-ajaran kewahyuan di luar ajaran Nabi saw.

6. Membela Rasulullah saw. Sikap cinta perlu dibuktikan dengan pembelaan kepada Rasulullah saw. Khususnya dari pihak yang ingin mendiskreditkan, memfitnah Rasulullah saw. Pembelaan kepada beliau berarti juga pembelaan kepada kebenaran dan keberlangsungan ajaran Islam. Allah selalu membela Nabi, dengan menurunkan mukzijat, memberikan kemampuan berdebat, bahkan dengan menurunkan para malaikat kepada beliau. Beberapa kewajiban kita kepada Rasulullah saw. dilakukan karena dalam diri beliau terdapat panutan (suri teladan) yang baik dengan pengharapan pertemuan dengan Allah dan keselamatan dari azab api neraka (Al-Ahzab: 21). Rasulullah saw. adalah tokoh yang layak diteladani berkaitan dengan masalah moralitas, ibadah, dakwah, pendidikan, sosial, politik, perjuangan ekonomi, rumah tangga, bahkan peperangan.

Tuesday, February 23, 2010

JADUAL KULIAH USTAZ JAMALUDDIN

MINGGU 1

ISNIN >SURAU SALAK
SELASA >PAKAT
RABU >MASJID KOTA LAMA KIRI
KHAMIS >MASJID PERIANG
JUMAAT>SURAU LABU KUBUNG
SABTU >AIR KUNING
AHAD >MASJID KG JAMUAN

MINGGU 2

ISNIN >MASJID KOTA LAMA KANAN
SELASA >PAKAT
RABU >SURAU PEKAN KARAI
KHAMIS >MASJID KG PERIK
JUMAAT>MASJID BENDANG KERING
SABTU >SURAU SENDAYAN
AHAD >MUSOLLA PAYA RENGGAM

MINGGU 3

ISNIN >MASJID CIK KAMPAR
SELASA >PAKAT
RABU >SURAU KG SETERUS
KHAMIS >MASJID UBUDIAH
JUMAAT >MASJID RIDZUANIAH
SABTU >MASJID FELDA LAMA
AHAD >SURAU KUBANG HALBAN

MINGGU 4

ISNIN >MUSOLLA LUBUK BATU
SELASA >PAKAT
RABU >AIR TAWAR
KHAMIS >SURAU KG JIAS
JUMAAT >MASJID SAYONG LEMBAH
SABTU >MASJID GHUFRANIAH
AHAD >MASJID TEMONG

SETIAP :
29 HB:SURAU UJUNG TANJUNG
30HB :MASJID LANEH
31HB:MASJID BENDANG PANJANG

KULIAH SUBUH(AHAD)
MINGGU 1 >MASJID RIDZUANIAH
MINGGU 2 >MASJID UBUDIAH
MINGGU 3 >SURAU GAPIS
MINGGU 4 >MASJID TERSUSUN

Thursday, February 18, 2010

KULIAH DHUHA USTAZ KAMAL ASHAARI


KULIAH DHUHA SABTU KE-4
1.USTAZ KAMAL ASHAARI
2.USTAZ MUNAWIR SOLEHUDDIN
SETIAP SABTU KE-4

MASA 9.00PAGI



MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

TAZKIRAH:BERBAIK SANGKA

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.

Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain. Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu. Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas. Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka
Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12. Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi. Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.

Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:
"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan." Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku."Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

Tuesday, February 16, 2010

LOKASI KAMI

BADAN KHIDMAT MASYARAKAT AT-TOIF
BATU 28 3/4 KOTA LAMA KIRI,
33000 KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN


Wednesday, February 10, 2010

TENAGA PENGAJAR


NAMA:AMRAH HUSSAIN BIN GHANI

ALAMAT:MAAHAD TAHFIZ WATTALAQI,KAMPUNG TERSUSUN LUBUK MERBAU,33000,KUALA KANGSAR,PERAK

TEMPAT LAHIR:PASIR PUTEH

STATUS:BERKHAWIN

TARIKH LAHIR:14 OGOS 1972

PENDIDIKAN:PONDOK SUNGAI DURIAN(1988-1993)

PENGALAMAN:

MAAHAD ULUM SYARIAH WAL QURANIAH

KAFA SAR NUR KAMALIAH KATI

SAR MADRASAH ZAINIAH

MAAHAD TAHFIZ WATALAQI

TENAGA PENGAJAR

NAMA;MUHAMMAD HAFIDZ B ABD LATIF

KAMPUNG BATANG KULIM,KOTA LAMA KANAN

TEMPAT LAHIR:KOTA LAMA KANA26/10/1966

TARIKH LAHIR:

STATUS:BERKAHWIN

PENDIDIKAN

SM IZZUDDIN SYAH(1979-1982)

SM CLIFFORD(1983)

MAAHAD TAHFIZ PERAK

PENGALAMAN

1.IMAM SURAU CHANDAN DESA,SIMPANG PULAI(1998-2000)

2.IMAM MASJID DAERAH LUMUT DAN PANGKOR(2000-2005)

3.MASJID KOTA LAMA KANAN(2006-KINI)

4.TENAGA PENGAJAR PAKAT(2009-KINI)

Islamic Widget