Islamic Widget

Wednesday, October 31, 2012

PAKAT Meninjau Ke Bumi Bandung


Dengan harapan untuk maju melangkah lebih jauh lagi ke hadapan, Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) telah mengadakan lawatan ke Bandung, Indonesia pada 15-18 Sept 2012 baru-baru ini. Lawatan ini telah disertai oleh 36 peserta yang  terdiri daripada para pengajar dan pelajar Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) ini telah menjadikan Pondok Pesanteran Daarut Tauhid sebagai destinasi utama lawatan. Hal ini kerana Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) berhasrat untuk melihat dengan lebih rapat dan teperinci pembangunan yang telah dilakukan oleh Pondok Pesanteran Daarut Tauhid dalam mengukuhkan gerak kerja dakwah Islam di Indonesia. Sebagai sebuah organisasi dakwah yang telah berjaya melahirkan para pelajar  yang mampu untuk melakukan gerak kerja dakwah yang semakin kekurangan penggeraknya kini, Pondok Pesanteran Daarut Tauhid telah dilihat oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) sebagai contoh dan panduan terbaik di dalam membangunkan lagi Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) sekarang. Berdasarkan perkembangan pesat Pondok Pesanteren Daarut Tauhid kini, pasti Pondok Pesanteren Daarut Tauhid  ada nasihat mahupun idea-idea penting yang ingin dikongsikan bersama Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT).


             Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bermula dari peringkat tadika sehingga peringkat pesantren ini telah memberi inspirasi dan idea-idea yang menarik untuk diaplikasikan oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif di dalam membangunkan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis. Pembangunan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis yang masih berada di tahap awal ini, sudah pasti memerlukan idea-idea dan nasihat penting yang diinginkan seperti dari sudut operasi mahupun sukatan pengajiannya. Bagi makluman pihak pembaca sekalian, projek membina bangunan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis telah dimulakan, tetapi pihak Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) masih kekurangan dana kewangan yang dapat menjamin akan mencukupi untuk membina keseluruhan bangunan tersebut.



            Jika ingin dibanding Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) yang masih sedang bertatih ini dengan Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang sedang gah berdiri kini, amatlah jauh sekali. Oleh itu, bersama-samalah kita mendoakan semoga Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) akan lebih maju menjadi semakin kukuh semakin wasilah menyampaikan Islam di bumi Allah SWT ini. Kepada pembaca yang ingin mengenali Pondok Daarut Tauhid, anda bolehlah mengunjungi laman sesawang yang berikut. http://www.daaruttauhiid.org/

Islamic Widget