Islamic Widget

Sunday, May 26, 2013

Perkembangan Projek Pembangunan Pondok PAKAT





























Thursday, November 22, 2012

Majlis Peletakan Batu Asas Pondok Pengajian


Bagi merealisasikan misi PAKAT, untuk melahirkan GENERASI AMILEEN berketerampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat berteraskan Tauhid, pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT) telah bersetuju  untuk membangunkan sebuah pondok pengajian bagi menampung keperluan pengajian yang semakin bertambah pelajarnya. Bagi meneruskan cita-cita dan hasrat ini, pihak pengurusan PAKAt telah memulakan langkah awal iaitu mengadakan Majlis Peletakkan Batu Asas Pondok Pengajian At-Taif. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa, Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah,


Seberang Pekan Sik,Sik,Kedah. Majlis tersebut telah diadakan bermula jam 9.00 pagi  pada 17 Oktober 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433 bertempat di Lembah Pasir Batang Kulim, Kota Lama Kiri. Antara aturcara program tersebut adalah bacaan Yassin, Tahlil, Ucapan Aluan oleh Pengerusi PAKAT, Ust Jamaluddin Bin Ahmad, Ucapan Tuan Guru Haji Salleh B. Musa selaku perasmi, majlis perletakkan batu asas, tazkirah dan doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa.


Bersama kita mendoakan agar niat murni pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT) ini akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Untuk makluman pembaca yang dirahmati Allah SWT sekalian, sebenarnya kami masih kekurangan dana bagi membangunkan kawasan pondok ini secara keseluruhan. Bagi para pembaca yang ingin mewaqafkan pondok, anda bolehlah menghubungi kami. 

Wednesday, October 31, 2012

PAKAT Meninjau Ke Bumi Bandung


Dengan harapan untuk maju melangkah lebih jauh lagi ke hadapan, Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) telah mengadakan lawatan ke Bandung, Indonesia pada 15-18 Sept 2012 baru-baru ini. Lawatan ini telah disertai oleh 36 peserta yang  terdiri daripada para pengajar dan pelajar Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) ini telah menjadikan Pondok Pesanteran Daarut Tauhid sebagai destinasi utama lawatan. Hal ini kerana Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) berhasrat untuk melihat dengan lebih rapat dan teperinci pembangunan yang telah dilakukan oleh Pondok Pesanteran Daarut Tauhid dalam mengukuhkan gerak kerja dakwah Islam di Indonesia. Sebagai sebuah organisasi dakwah yang telah berjaya melahirkan para pelajar  yang mampu untuk melakukan gerak kerja dakwah yang semakin kekurangan penggeraknya kini, Pondok Pesanteran Daarut Tauhid telah dilihat oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) sebagai contoh dan panduan terbaik di dalam membangunkan lagi Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) sekarang. Berdasarkan perkembangan pesat Pondok Pesanteren Daarut Tauhid kini, pasti Pondok Pesanteren Daarut Tauhid  ada nasihat mahupun idea-idea penting yang ingin dikongsikan bersama Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT).


             Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bermula dari peringkat tadika sehingga peringkat pesantren ini telah memberi inspirasi dan idea-idea yang menarik untuk diaplikasikan oleh Badan Khidmat Masyarakat At-Toif di dalam membangunkan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis. Pembangunan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis yang masih berada di tahap awal ini, sudah pasti memerlukan idea-idea dan nasihat penting yang diinginkan seperti dari sudut operasi mahupun sukatan pengajiannya. Bagi makluman pihak pembaca sekalian, projek membina bangunan Pondok Pengajian At-Toif dan Maahad At-Taif Lil Quran Wal Hadis telah dimulakan, tetapi pihak Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) masih kekurangan dana kewangan yang dapat menjamin akan mencukupi untuk membina keseluruhan bangunan tersebut.



            Jika ingin dibanding Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) yang masih sedang bertatih ini dengan Pondok Pesanteran Daarut Tauhid yang sedang gah berdiri kini, amatlah jauh sekali. Oleh itu, bersama-samalah kita mendoakan semoga Badan Khidmat Masyarakat At-Toif (PAKAT) akan lebih maju menjadi semakin kukuh semakin wasilah menyampaikan Islam di bumi Allah SWT ini. Kepada pembaca yang ingin mengenali Pondok Daarut Tauhid, anda bolehlah mengunjungi laman sesawang yang berikut. http://www.daaruttauhiid.org/

Monday, June 25, 2012

harap maaf buat ketika ini blog ini sedang dinaik taraf.

Friday, January 20, 2012

salam hijrah dan masihi...

pertamanya ingin memohon maaf kepada pelayar setia blog ini kerana tidak diaktifkan selama beberapa bulan.

untuk makluman pelayar laman blog ini, PAKAT telah kehilangan beberapa orang yg menjadi tulang belakang penggerak kepada sekolah ini pada tahun lepas,antaranaya

1.allahyarham ust Hafidz Abdul Latif- guru kelas tawjid merangkap SU pembangunan
2. Cik yong masjid ubudiayyah-orang kuat kuliah dhuha di masjid ubudiyyah
3. pn fauziah- murid awal PAKAT
4. cikgu mat zin- ketua kelas murid lama PAKAT
5. hj jamil azraie lenggong

semoga allah merahmati mereka semua dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

DANA PENGURUSAN BULANAN PAKAT DI PERLUKAN

untuk makluman saudar dan saudari sekalian kos pengurusan PAKAT selama setahun menelan belanja sekitar RM 80,000 hingga RM 100,000 setahun.

kos ini di gunakan untuk membayar elaun guru, kakitangan bil elektrik dan telefon serta beberapa keperluan lain.

untuk menyumbang tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan seikhlas hati ke akaun
AKAUN MAYBANK:

NO AKAUN SIMPANAN:
158097786526

ATAU

NO AKAUN SEMASA(RHB ISLAMIC BANK)
25818700002498

SUMBANGAN ANDA AMAT KAMI PERLUKAN DAN KAMI HARGAI.

PROGRAM PAKAT TAHUN INI
1. KULIAH DHUHA BULANAN BERSAMA UST KAMAL SHAARI HARI SABTU
MINGGU KEEMPAT.
2. PROGRAM KEM SELAMATKAN ZURIAT HUJUNG BULAN 5
3. KEM TAHSIN SOLAT CUTI SEKOLAH BULAN 3
4. PONDOK KILAT CUTI SEKOLAH BULAN 12
5. SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 9 PAKAT INSYAALLAH AKAN DIADAKAN PADA
BULAN 9 ATAU 10 TAHUN INI

PROGRAM INI JUGA MEMERLUKAN DANA OPERASI SEBNYAK RM 15,000 BAGI KESELURUHAN PROGRAM.
UTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN
05-7766 773 (PEJABAT)-WAKTU PEJABAT ISNIN- KHAMIS (9.00 PAGI- 3.00 PETANG)
017 5325 905 (PENGERUSI)

Islamic Widget