Islamic Widget

Wednesday, March 2, 2011

KEM KEMAHIRAN 2011

1.0 PENDAHULUAN

Masa remaja adalah satu tempoh masa yang terbaik untuk seseorang insan menimba seberapa banyak ilmu yang boleh sebagai bekalan kehidupan masa depan di dunia juga di akhirat. Ilmu yang terbaik untuk dicari pula ialah ilmu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Rabbul-Jalil serta ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan ummah. Proses menimba ilmu tidak terhad kepada tempoh masa atau tempat yang tertentu sahaja. Musim cuti sekolah juga boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat jika diisi dengan aktiviti yang berguna atau program berbentuk keilmuan.

Justeru itu, untuk memastikan para pelajar memanfaatkan masa cuti sekolah yang panjang ini, Badan Khidmat Masyarakat At-toif (PAKAT) akan menganjurkan satu program ilmiah semasa cuti sekolah yang dinamakan Kem Kemahiran Hidup 2011. Ia adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti musim cuti sekolah yang dianjurkan oleh PAKAT. Program ini boleh disertai oleh para pelajar yang berumur 16 tahun hingga 18 tahun. Ia akan diadakan di Bangunan PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak bermula dari 14 hingga 17 Mac 2011.


2.0 MATLAMAT


Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Muslim akan peri pentingnya mereka memiliki kemahiran dalam menempuh onak dan ranjau kehidupan yang semakin mencabar pada masa kini. Kemahiran yang dititik-beratkan dalam kem ini meliputi kemahiran hidup dan juga kemahiran agama. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar para peserta dapat menjadi Muslim / Muslimah yang Soleh dan Musleh, yakni yang bertaqwa kepada Allah serta dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat pada masa hadapan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri setiap peserta apabila berada dalam kelompok masyarakat. Selain itu, penganjuran kem ini juga diharapkan dapat membuka minda para peserta bahawa mereka juga boleh berjaya walaupun tidak menjejakkan kaki ke menara gading. Apa yang penting ialah mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran hidup mempunyai semangat yang kental dan gigih untuk memajukan diri sendiri.

3.0 OBJEKTIF


3.1 Memberi pendedahan kepada para peserta terhadap pelbagai bidang kerjaya yang boleh mereka ceburi pada masa depan.
3.2 Membentuk dan membina jaringan ekonomi antara umat.
3.3 Menanam kesedaran dalam diri peserta akan peri pentingnya kemahiran dalam kehidupan.
3.4 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat.

KEM KEMAHIRAN:2011 ::AKTIVITI

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERNGKAT PAKAT 1432 H




Islamic Widget