Islamic Widget

Thursday, May 5, 2011

KISAH ABU NAWAS DAN TUKANG FITNAH....

Ada seorang hamba Allah yang kerjanya selalu mengutuk dan mencerca Abu Nawas.Dia menabur fitnah kesana kemari memburuk-burukan Abu Nawas.

Pada suatu hari, timbul rasa insaf pada diri hamba Allah tersebut dan mahu bertaubat lalu pergi berjumpa Abu Nawas dan berkata:

“Wahai Abu Nawas, aku nak minta maaf kepada engkau atas apa yang pernah aku cakapkan.Engkau hukumlah aku dan minta apa sahaja yang engkau hendak sebagai rugi ganti engkau”.

Abu Nawas kata, dia tidak mahukan apa-pun sebagai ganti balas.Tetapi hamba Allah tersebut tidak berpuas hati dan terus mendesak Abu Nawas supaya menyatakan apa yang diperlukannya, nescaya akan diperkenankannya.

Lalu Abu Nawas pun akur seraya berkata, “Engkau tolong carikan aku sebiji bantal yang berisikan bulu (bulu ayam) untuk aku.”

Hamba Allah tersebut dengan senang hati telah membawakan bantal yang sebagaimana dipinta Abu Nawas sambil berkata dalam hatinya, seribu biji bantal macam ini pun mampu aku adakan ….Hee! Hee! Hee! Dia tersengeh-sengeh menyerahkan bantal tersebut kepada Abu Nawas.

Lalu Abu Nawas memintanya berdiri disatu kawasan lapang dan mengeluarkan isi bantal tersebut yang merupakan bulu-bulu.

Maka berterbanganlan bulu-bulu dari bantal tersebut ke merata tempat dibawa angin hingga tidak kelihatan lagi …

Lalu berkata Abu Nawas kepada hamba Allah tersebut, “Sekarang, engkau tolong kumpulkan semula semua bulu-bulu tersebut masuk kedalam sarung bantal tadi seperti asalnya…”

Terkebil-kebil sihamba Allah itu mendengar permintaan Abu Nawas itu sambil mengakui yang dirinya tidak mampu melakukannya.

Maka berkatalah Abu Nawas, “Samalah… Apa ertinya engkau meminta maaf kepada aku sedangkan engkau tidak mampu mengumpulkan semua mereka yang telah engkau sebarkan ke’aiban maruah aku supaya engkau menutup semula ke’aiban tersebut”


MORALNYA SEKIRANYA KITA MEMBUAT FITNAH MAMPUKAH KITA MENAGGUNG SEGALA DOSA ORANG YANG MEMPERCAYAI FITNAH TERSEBUT,DAN MAMPUKAH KITA MENGUMPULKAN SEMUA ORANG YANG MEMPERCAYAI FITNAH TERSEBUT UTK KITA MEMOHON MAAF KPADA ORG YANG DIFITNAH?

pengajian ilmu islam sesi malam semester 2

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN!!!!!

KELAS PENGAJIAN ILMU ISLAM SESI MALAM SEMESTER 2

TARIKH DAFTAR KEMASUKAN
13 JUN 2011

MASA
8.00-100 MALAM

TEMPOH PENGAJIAN
4 BULAN (JUN-OKTOBER 2011)
(BULAN LAPAN CUTI SEMPENA RAMADHAN)

DAFTAR SEGERA DI

BADAN KHIDMAT MASYARAKAT AT-TOIF
BATU 28 3/4,KOTALAMA KIRI
KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN

TEL:05-7766773 FAKS:05-7772890
EMAIL:att0if@gmail.com

Islamic Widget