Bagi merealisasikan misi PAKAT, untuk
melahirkan GENERASI AMILEEN berketerampilan terkini, berkreativiti tinggi dan
berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia dan akhirat
berteraskan Tauhid, pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT)
telah bersetuju untuk membangunkan
sebuah pondok pengajian bagi menampung keperluan pengajian yang semakin
bertambah pelajarnya. Bagi meneruskan cita-cita dan hasrat ini, pihak
pengurusan PAKAt telah memulakan langkah awal iaitu mengadakan Majlis
Peletakkan Batu Asas Pondok Pengajian At-Taif. Majlis ini telah disempurnakan
oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa, Mudir Madrasah Ar-Rahmaniah,
Seberang Pekan Sik,Sik,Kedah. Majlis
tersebut telah diadakan bermula jam 9.00 pagi
pada 17 Oktober 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433 bertempat di Lembah
Pasir Batang Kulim, Kota Lama Kiri. Antara aturcara program tersebut adalah
bacaan Yassin, Tahlil, Ucapan Aluan oleh Pengerusi PAKAT, Ust Jamaluddin Bin
Ahmad, Ucapan Tuan Guru Haji Salleh B. Musa selaku perasmi, majlis perletakkan
batu asas, tazkirah dan doa yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh B. Musa.
Bersama kita mendoakan agar niat murni
pihak pengurusan Badan Khidmat Masyarakat At-Taif (PAKAT) ini akan berjalan
lancar seperti yang telah dirancang. Untuk makluman pembaca yang dirahmati
Allah SWT sekalian, sebenarnya kami masih kekurangan dana bagi membangunkan
kawasan pondok ini secara keseluruhan. Bagi para pembaca yang ingin mewaqafkan
pondok, anda bolehlah menghubungi kami.